PENYAKIT NEGARA MAJU
 
KUALA LUMPUR, 20 Jan – Peningkatan taraf hidup seiring dengan modenisasi mengubah gaya hidup rakyat Malaysia mungkin menjadi punca kepada peningkatan penyakit gaya hidup, menurut doktor.

Empat orang pakar perubatan ditemuramah The Malaysian Insider berkata penyakit gaya hidup seperti kegemukkan, kencing manis, penyakit jantung dan sesetengah barah di Malaysia sebelum ini hanya dikaitkan dengan negara-negara maju di Barat.

“Dalam status negara yang bergerak dari sebuah negara membangun menuju ke negara maju, kita melihat penyakit di negara ini sudah mula mengalami simptom-simptom penyakit yang sama seperti di Barat. Dan kita sudah mula melihat semua itu,” kata Dr Wendy Lim, pakar gastroenterologis dan ahli fizik.

Statistik yang dikeluarkan dalam Kajian Kesihatan dan Kematian pada 2011 menunjukkan satu per tiga rakyat Malaysia gemuk atau mempunyai berat badan yang lebih, satu dari tiga mengalami kolestrol yang sangat tinggi, dan satu dari lima mengalami penyakit kencing manis.

“Empat dari 10 rakyat Malaysia berusia 30 tahun ke atas mengalami tekanan darah tinggi. Ini sangat menakutkan, lebih teruk dari negara maju,” kata Dr Yap Yee Guan, pakar kardiologis.

“Rakyat Malaysia mendapat penyakit jantung 10 tahun lebih awal dari negara-negara maju,” kata Dr Yap lagi.

Menurut perunding kardiologis itu, sementara kes penyakit konorari arteri di Barat tidak mengalami perubahan, Malaysia pula semakin meningkat dan mengatasi negara-negara lain dalam penyakit kencing manis dan kegemukkan.



Khamis lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengatakan Malaysia adalah negara tergemuk di Asia Tenggara, dan keenam di belakang beberapa negara di Asia Barat.

Perunding endokrinologis dan perubatan dalaman Dr Norshinah Kamarudin bersetuju dengan pandangan rakan-rakannya dengan managatakan, peningkatan penyakit kegemukkan di kalangan kanak-kanak semakin membimbangkan, seperti semakin ramai mengalami penyakit kencing manis, terutamanya yang menderita dari jenis “Type 2”.

Tidak seperti “Type 1” dimana badan gagal untuk menghasilkan insulin dari muda, pesakit diabetis “Type 2” pula tidak tahan dengan insulin dan sering menyerang usia dewasa, dimana 90 peratus pesakit kencing manis dari “Type 2”.

“Pada tahap 15 hingga 20 peratus, Malaysia boleh dianggap sangat tinggi dari segi penyakit kencing manis, negara lain cuma lingkungan lapan hingga 10 peratus. Lima tahun lalu kita cuma 8.3 peratus. Sekarang sudah meningkat hampir dua kali ganda dan ianya membimbangkan,” kata Dr Norshinah.

No comments:

Post a Comment

HUBUNGI KAMI

NAMA::
Email:
NO. TELEFON
KAWASAN ANDA:
SAYA BERMINAT UNTUK: MAKLUMAT LANJUT
MENJADI AHLI
DATANG KE KELAB NUTRISI
TURUNKAN BERAT BADAN
MENAIKKAN BERAT BADAN
MENINGKATKAN KESIHATAN
MENINGKATKAN TENAGA
MENCANTIKKAN KULIT
MENJANA PENDAPATAN TAMBAHAN
PERNAHKAH ANDA MENJADI AHLI HERBALIFE DALAM MASA 2 TAHUN SEBELUM INI? YA
TIDAK
LAIN-LAIN KETERANGAN :

This form powered by Freedback