NUTRISI SIHAT

Produk diperbuat daripada bahan-bahan yang bermanfaat dan dihasilkan berdasarkan kajian dan teknologi saintifik bertaraf dunia. Shake protein dan snek, vitamin dan suplemen diet, minuman untuk tenaga dan kecergasan dan penjagaan kulit dan rambut, digabungkan dengan pemakanan sihat dan senaman, boleh membantu anda menikmati kesihatan yang baik sepanjang hayat anda

Produk ini adalah "Nutrisi Selular"
Dihasilkan dalam bentuk molekul sederhana supaya mudah dicerna oleh sel tubuh kita. Makanan canggihsangat berguna untuk memberikan nutrisi dengan keperluan yang cukup dan seimbang pada setiap sel-sel tubuh anda, dan akan memberikan tingkat kesihatan yang lebih baik
Boleh diambil oleh ibu yang menyusu bayi, ibu dalam pantang, kanak kanak yang mengalami obesiti, orang dewasa, warga emas serta sukan .Juga digunakan sebagai nutrisi keperluan tubuh dalam program kesihatan dan menurun,meningkat serta memperseimbang kadar berat badan





CARA MENYEDIAKAN HIDANGAN NUTRISI 


Hidangan 1
Ambil satu penutup penuh Herbal Aloe dituang ke dalam 500ml air sejuk @ suhu bilik. Kacau dan minum. (Jangan gunakan air panas)

Hidangan 2
Larutkan satu sudu teh serbuk Tea Mix ke dalam 500ml air sejuk / panas dan minum.

Hidangan 3
Masukkan 2 sudu Formula 1,1 sudu Formula 3 ke dalam 500ml air sejuk . Goncangkan dengan shaker atau gunakan blender yang bersih. ( Nak tambah kelazatan guna susu cair, ketulan ais, oat atau buah buahan boleh ditambah mengikut kesukaan).
 (Jangan gunakan air panas)

CARA PENGAMBILAN HARIAN
Untuk Menurunkan Berat Badan

Sarapan Pagi
Makan Tengahari
Makan Malam
Hidangan Nutrisi 1, 2, 3 Herbalife
Hidangan Nutrisi 1, 2, 3 Herbalife
Makan seperti biasa

Atau

Sarapan Pagi
Makan Tengahari
Makan Malam
Hidangan Nutrisi 1, 2, 3 Herbalife
Makan seperti biasa
Hidangan Nutrisi 1, 2, 3 Herbalife

Kesimpulannya untuk menurunkan berat badan kita perlu mengambil Hidangan Nutrisi 1, 2, 3 Herbalife 2 kali sehari dan makan seperti biasa 1 kali sehari. Kurangkan pengambilan makanan yang berminyak dan mempunyai lemak. 

Untuk Menaikkan Berat Badan:

Sarapan Pagi
Makan Tengahari
Makan Malam
Makan seperti biasa disusuli langkah 3 (shake Herbalife) sahaja
Makan seperti biasa disusuli langkah 3 (shake Herbalife) sahaja
Makan seperti biasa disusuli langkah 3 (shake Herbalife) sahaja


Untuk mereka yang mahu menaikkan berat badan hanya perlu makan seperti biasa disusuli langkah 3 sahaja!

RAHSIA KEJAYAAN DALAM
MENJAGA KESIHATAN BADAN:

6 Pagi hingga 12 tengahari
12 tengahari hingga
6 petang
6 petang hingga
12 tengahmalam
Minum 1.5 liter air ditambah dengan 1 ½ sudu serbuk teh Herbalife Tea Mix. Telan atau kunyah 1 kapsul Omega 3 Fish Oil.
Minum 1.5 liter air ditambah dengan 1 ½ sudu serbuk teh Herbalife Tea Mix.
Minum 1.5 liter air ditambah dengan 1 ½ sudu serbuk teh Herbalife Tea Mix. Sebelum tidur ambil 1 sudu teh NW Formula dilarutkan kedalam 180ml air untuk diminum.


FAKTA
Secara purata, tubuh seseorang akan kehilangan sehingga 1.7 liter air sehari melalui proses pernafasan dan membuang air besar dan kecil

  •  Otak kita mengandungi 90% air
  •  Otot kita mengandungi 75% air
  • Tulang kita mengandungi 20% air
  • Darah kita mengandungi 80% air
Antara fungsi air dalam badan

1. Menstabilkan suhu badan
2. Membawa nutrisi dan oksigen ke dalam sel
3. Melembapkan paru paru
4. Membantu organ badan menyerap nutrisi dengan cekap dan baik

Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah berikut :

  • Mudah letih
  • Sembelit
  • Pening kepala @ migraine
  • Kulit kering
  • Tekan darah tidak seimbang
  • Sakit otot
  • Dan pelbagai masalah yang biasanya dipandang ringan namun sebenarnya ia mempunyai risiko kematian yang tinggi




BAGAIMANA HIDANGAN NUTRISI 1, 2, 3 HERBALIFE
 BOLEH MEMBANTU?

Secara puratanya manusia akan makan 3000 hingga 4000 kalori sehari.
 
Lihat carta dibawah :

WAKTU
CONTOH MAKANAN DIAMBIL
JUMLAH KALORI
SARAPAN
Nasi Lemak Telur Rebus +Teh Tarik
±1000 Kalori
MAKAN TENGAHARI
Nasi Putih + Ikan/ Ayam Goreng + Sayur Air + Air Sirap
±1000 Kalori
MAKAN MALAM
Nasi Putih + Ikan/ Ayam Goreng + Sayur + Air Suam
±1000 Kalori

JUMLAH KALORI SEHARI LEBIH DARI 3000 kcal
 

 
BANDINGKAN DENGAN Nutrisi 1, 2, 3 Herbalife :
 
WAKTU
CONTOH MAKANAN DIAMBIL
JUMLAH KALORI
SARAPAN
Hidangan Nutrisi 1, 2, 3 Herbalife
±180 Kalori
MAKAN TENGAHARI
Nasi Putih + Ikan/ Ayam Goreng + Sayur + Air Suam
±1000 Kalori
MAKAN MALAM
Hidangan Nutrisi 1, 2, 3 Herbalife
±180 Kalori


Adakah badan perlukan kalori?
Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.

Macam mana saya hendak kira kalori dalam makanan?
Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.
Karbohidrat: x 4 kalori setiap gram
Protein: x 4 setiap gram
Lemak: x 9 setiap gram.
Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
Karbohidrat-53g (53g X 2 = 106 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)
Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 174 kalori!


Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?
Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori
Apa akan berlaku jika saya makan lebih pada itu?
Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan



TUNGGU APA LAGI?
BERTINDAK SEKARANG!
Pilih pakej yang sesuai dan dapatkan
Pruduk HERBALIFE dari kami hari ini!

Formula 1








FORMULA 1



NUTRISI HEBAT


PENYAKIT NEGARA MAJU
 
KUALA LUMPUR, 20 Jan – Peningkatan taraf hidup seiring dengan modenisasi mengubah gaya hidup rakyat Malaysia mungkin menjadi punca kepada peningkatan penyakit gaya hidup, menurut doktor.

Empat orang pakar perubatan ditemuramah The Malaysian Insider berkata penyakit gaya hidup seperti kegemukkan, kencing manis, penyakit jantung dan sesetengah barah di Malaysia sebelum ini hanya dikaitkan dengan negara-negara maju di Barat.

“Dalam status negara yang bergerak dari sebuah negara membangun menuju ke negara maju, kita melihat penyakit di negara ini sudah mula mengalami simptom-simptom penyakit yang sama seperti di Barat. Dan kita sudah mula melihat semua itu,” kata Dr Wendy Lim, pakar gastroenterologis dan ahli fizik.

Statistik yang dikeluarkan dalam Kajian Kesihatan dan Kematian pada 2011 menunjukkan satu per tiga rakyat Malaysia gemuk atau mempunyai berat badan yang lebih, satu dari tiga mengalami kolestrol yang sangat tinggi, dan satu dari lima mengalami penyakit kencing manis.

“Empat dari 10 rakyat Malaysia berusia 30 tahun ke atas mengalami tekanan darah tinggi. Ini sangat menakutkan, lebih teruk dari negara maju,” kata Dr Yap Yee Guan, pakar kardiologis.

“Rakyat Malaysia mendapat penyakit jantung 10 tahun lebih awal dari negara-negara maju,” kata Dr Yap lagi.

Menurut perunding kardiologis itu, sementara kes penyakit konorari arteri di Barat tidak mengalami perubahan, Malaysia pula semakin meningkat dan mengatasi negara-negara lain dalam penyakit kencing manis dan kegemukkan.



Khamis lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengatakan Malaysia adalah negara tergemuk di Asia Tenggara, dan keenam di belakang beberapa negara di Asia Barat.

Perunding endokrinologis dan perubatan dalaman Dr Norshinah Kamarudin bersetuju dengan pandangan rakan-rakannya dengan managatakan, peningkatan penyakit kegemukkan di kalangan kanak-kanak semakin membimbangkan, seperti semakin ramai mengalami penyakit kencing manis, terutamanya yang menderita dari jenis “Type 2”.

Tidak seperti “Type 1” dimana badan gagal untuk menghasilkan insulin dari muda, pesakit diabetis “Type 2” pula tidak tahan dengan insulin dan sering menyerang usia dewasa, dimana 90 peratus pesakit kencing manis dari “Type 2”.

“Pada tahap 15 hingga 20 peratus, Malaysia boleh dianggap sangat tinggi dari segi penyakit kencing manis, negara lain cuma lingkungan lapan hingga 10 peratus. Lima tahun lalu kita cuma 8.3 peratus. Sekarang sudah meningkat hampir dua kali ganda dan ianya membimbangkan,” kata Dr Norshinah.

HAVE YOU HAD SHAKE TODAY?




6 JENIS MAKANAN YG MEMUDARATKAN KULIT.

Kulit boleh menjadi cantik dan sihat sekiranya kita menggunakan bahan rawatan wajah yang bersesuaian.

Namun apa yang kebanyakan dari anda tidak sedari adalah pemakanan harian juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan kulit wajah berseri. Seperti yang kita semua ketahui, ada makanan yang baik untuk kulit dan ada juga yang memberikan kesan sebaliknya seperti masalah kulit berjerawat dan sebagainya. Pencuci muka dan toner sahaja tidak mencukupi sekiranya diet harian tidak dijaga dengan baik.

Ada enam jenis makanan yang menjadi punca kepada masalah kulit wajah dan tidak patut diambil dengan kadar yang tinggi.

Garam


 



Sifat garam yang menyimpan air membawa kepada bengkak di bahagian mata selepas bangun dari tidur sekiranya diambil berlebihan. Ini kerana kulit mata yang sangat nipis membuatkan bahagian tersebut mudah bengkak. Jika tidak dijaga, tabiat memakan makanan bergaram akan membuatkan kulit anda lebih cepat tua.

Makanan Laut
 

 

Kandungan iodin yang tinggi dalam makanan laut seperti udang, ketam serta rumpai laut boleh membawa kepada masalah kulit berjerawat sekiranya pengambilan tersebut tidak dikawal. Bagi anda yang sering mengalami masalah muka jerawat, anda dinasihatkan untuk memakan makanan sedemikian hanya dua kali sebulan dan bukan dua kali seminggu.

Susu
 

Kesan sampingan susu terhadap wajah mungkin tidak seteruk jika dibanndingkan dengan jenis makanan yang lain. Namun, bahan tenusu juga tidak terkecuali dari menjadi punca kulit bermasalah, terutamanya susu tanpa lemak yang mengandungi kandungan hormon yang merangsang penghasilan minyak di kulit.

Makanan berkanji
 

Jumlah glisemik yang tinggi dalam makanan berkanji seperti pasta, roti putih, kek dan sirap jagung juga menjadi punca kepada kulit berjerawat.

Gula

Kandungan gula yang tinggi dalam darah boleh membawa kesan terhadap kolagen, lantas membuatkan kulit anda lebih mudah berkedut dan nampak tua.

Minuman beralkohol

Sifatnya yang diuretik membuatkan anda akan menjadi lebih haus walaupun sudah meminum dengan banyak. Ini juga mengakibatkan kulit anda menjadi lebih kering sehingga menyebabkannya berkedut.


PIRAMID MAKANAN . MAMPUKAH ANDA MEMATUHINYA?



Apa itu kalori?
Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga.

Adakah badan perlukan kalori?
Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.

Macam mana saya hendak kira kalori dalam makanan?
Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.

Karbohidrat: Didarab dengan 2 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.

Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
Karbohidrat-53g (53g X 2 = 106 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)
Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 174 kalori!

Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?
Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori


Apa akan berlaku jika saya makan lebih pada itu?
Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan.

Berapa kalori dalam makanan orang Malaysia?
Kategori: Kuih Muih
1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

kategori : minuman

1.minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
2.minuman kotak 250g = 105 kal
3.susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
4.susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
5.aiskrim 2 skop= 390 kal
6.susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
7.yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
8.mentega 2 sudu teh = 75 kal
Berapa yang selalunya orang dewasa makan sehari?
Makan Pagi: Nasi lemak bersambal (400 kalori) + Telor mata kerbau (21 kalori) + Teh Tarik (120 kalori) = 541 kalori
Pukul 10 pagi: Kuih karipap 3 biji (390 kalori) + Teh O (20 kalori) = 410 kalori
Makan tengahari: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ayam kari (250 kalori) + Dalca Sayur setengah cawan (150 kalori) + Air Tembikai (80 kalori) = 900 kalori
Minum petang: Kopi susu (120 kalori) + Popia Goreng 3 biji (390 kalori) = 510 kalori
Makan Malam: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ikan Tenggiri Masak Merah (142 kalori) + Kangkong goreng belacan (120 kalori) = 682 kalori
Jumlah (541 + 410 + 900 + 510 + 682) = 3043 kalori.

Apa akan berlaku jika tabiat makan kita seperti di atas berlarutan selama setahun?
Jika lelaki bakar 2500 kalori tetapi makan 3043 kalori sehari maka mereka akan simpan 543 kalori setiap hari sebagai lemak. 543 X 365 hari = 198, 195 kalori setahun disimpan. Jadi dalam setahun berat akan meningkat sebanyak 24.77kg!! (198,195 / 8000).

Bagaimana untuk bakar kalori?
Tingkatkan aktiviti harian, berjalan pantas, naik turun tangga, cuci kereta, bersukan, senaman. Kurangkan menonton TV atau bermain permainan computer kerana badan hanya membakar 1 kalori seminit jika kita beraktiviti seperti ini dan ia sama nilai dengan kalori yang dibakar semasa tidur!

Berapa kalori dibakar dengan aktiviti yang kita lakukan?
Kalori yang dibakar bergantung pada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang Berikut adalah kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg beraktiviti selama sejam.
1) Menonton TV = 40 kalori
2) Berjalan pantas = 300 kalori
3) Bermain bola keranjang (agresif) = 450 kalori
4) Mengemas rumah = 240 kalori
5) Berkebun = 320 kalori
6) Bermain golf (bawa sendiri Club) = 385 kalori
7) Berbasikal statik = 380 kalori
8)Erobik = 405 kalori
9) Ping Pong = 280 kalori

HUBUNGI KAMI

NAMA::
Email:
NO. TELEFON
KAWASAN ANDA:
SAYA BERMINAT UNTUK: MAKLUMAT LANJUT
MENJADI AHLI
DATANG KE KELAB NUTRISI
TURUNKAN BERAT BADAN
MENAIKKAN BERAT BADAN
MENINGKATKAN KESIHATAN
MENINGKATKAN TENAGA
MENCANTIKKAN KULIT
MENJANA PENDAPATAN TAMBAHAN
PERNAHKAH ANDA MENJADI AHLI HERBALIFE DALAM MASA 2 TAHUN SEBELUM INI? YA
TIDAK
LAIN-LAIN KETERANGAN :

This form powered by Freedback