Info Kesihatan

PANDUAN MAKANAN BERKHASIAT

1. Kurangkan penggunaan lemak dalam penyediaan makanan dengan menghadkan makanan bergoreng dan menggunakan sedikit minyak sahaja dalam masakan. Jumlah kalori lemak yang berlebihan akan membentuk plak di saluran darah.
2. Garam perlu dikurangkan bagi mengelakkan penyakit darah tinggi walaupun ianya adalah satu keperluan di dalam tubuh. Seseorang hanya memerlukan 500 mg  garam sedangkan mengikut ukuran satu sudu teh bersamaan 2,100 mg.
3. Hadkan penggunaan sos dan serbuk perisa serta kurangkan menghidang telur masin, ikan masin, bahan berjeruk dan makanan berproses.
4. Setiap orang memerlukan 50 mg gula sehari untuk membekalkan tenaga tetapi pengambilan berlebihan boleh menyebabkan kegemukan. Pengambilan susu pekat di dalam minuman perlu dikurangkan. Elakkan meminum minuman bersusu (seperti teh tarik) ketika menikmati hidangan makanan kerana ia akan membantutkan pembentukan hemoglobin ( sel darah merah ) dan akhirnya mengundang penyakit.
5. Banyakkan meminum air  kosong– antara 6 hingga 8 gelas sehari untuk membantu fungsi fisiologi di dalam badan, mengekalkan suhu badan dan pengeluaran bahan sisa daripada badan.



Kepentingan Nutrisi



Pencernaan yang bermasalah akan mengganggu proses pemecahan, penyerapan dan metabolisma khasiat makanan.
Ini bermaksud tubuh anda tidak dapat memperolehi khasiat daripada makanan yang diambil, tanpa mengira jumlah makanan yang diambil. Rujuk kepada artikel "Kesihatan Sistem Pencernaan."
Penyerapan khasiat yang lemah membawa kepada paras tenaga yang rendah, lalu mengurangkan produktiviti dan menjejaskan kualiti hidup. Apabila tubuh kekurangan tenaga, ia tidak berdaya untuk kekal aktif, cergas dan sentiasa bersedia untuk berdepan dengan tekanan hidupan harian.

Kekurangan khasiat juga mungkin menjurus kepada masalah gastrousus seperti sindrom iritasi usus, dyspepsia atau sembelit yang membawa kepada ketidakselesaan dengan simptom-simptom seperti sakit perut, kembung, perut berangin, cirit-birit, kelesuaan yang kronik dan lain-lain yang telah dijelaskan sebelum ini.

Simptom ini menjejaskan kesejahteraan emosi, kehidupan sosial, kerjaya serta percutian. Kekurangan khasiat yang berterusan akan mengakibatkan arthritis, masalah kulit dan rambut, alergi, barah, osteoporosis, diabetes, masalah jantung, penuaan dan penyakit-penyakit lain.
Cabaran memenuhi keperluan nutrisi
Ramai yang berpendapat diet yang seimbang sudah mencukupi untuk memenuhi keperluan nutrisi tubuh. Namun begitu, pencermaran alam sekitar kehidupan masakini semakin membebankan sistem tubuh kita.

Gaya hidup yang kurang aktif, stres berlarutan, masa makan yang tidak teratur dan melebihkan makanan yang diproses meningkatkan lagi keperluan untuk mineral penting, vitamin dan mikro nutrisi yang lain.

Tiada siapa yang dapat lari daripada masalah ini, termasuk mereka yang prihatin dengan kesihatan diri dan pemilihan makanan. Makanan yang dihidangkan tidak lagi segar dan semakin kekurangan khasiat setelah melalui kaedah pertanian, pemerosesan dan pengilangan yang intensif.

Masalah ini diburukkan lagi dengan waktu lama yang diperlukan untuk penghantaran dan penyimpanan. Pendedahan kepada cahaya, pengoksidaan dan haba semas memasak juga mengurangkan khasiat sumber makanan kita.

Sejak beberapa tahun yang lalu, pakar pemakanan mendapati penurunan nilai khasiat yang mendadak dalam buah-buahan sayuran dan lain-lain makanan yang diambil.

Menangani Ketidakseimbangan Nutrisi

Keperluan nutrisi setiap orang adalah berbeza berdasarkan faktor umur, gaya hidup, keturunan dan tabiat pemakanan. Aspek utama nutrisi ialah mencegah penyakit dan menjaminkan kehidupan yang lebih berkualiti untuk jangka masa panjang.

Suplemen vitamin dan mineral mungkin menjadi satu keperluan pada abad ini untuk mengatasi cabaran ketidakseimbangan nutrisi. Vitamin membantu sistem enzim dan mekanisme hormon, yang penting bagi sel tubuh kerana ia mempengaruhi perkembangan dan fungsi pelbagai sel. Mineral pula ialah struktur bahan mikro molekul yang diperlukan untuk pengaliran oksigen dan cecair tubuh.

Walaupun begitu, suplemen yang tidak diserap ke dalam sistem tubuh mungkin tidak akan mendatangkan manfaat yang diperlukan. Penyelesaiannya ialah untuk menguruskan masalah penyerapan pada sistem pencernaan terutamanya dalam usus.

Mengekalkan flora usus yang sihat dengan probiotik akan memulihkan kesihatan pencernaan dan merangsang penyerapan khasiat. Ini akan membolehkan tubuh sembuh secara semulajadi tanpa ubat-ubatan.

Panduan Semasa Memilih Suplemen:
  • Keperluan pemakanan seseorang adalah berbeza. Oleh itu, suplemen yang baik untuk seseorang mungkin tidak akan memberi kesan yang serupa kepada anda.
  • Harga tidak sepatutnya menjadi ukuran kepada kualiti - suplemen yang paling mahal tidak semestinya yang terbaik.
  • Suplemen bukan pengganti kepada beribu-ribu khasiat dan mikro nutrien yang terdapat dalam makanan. Ini bermakna kita tidak sepatutnya mengambil vitamin sahaja.
  • Rujuk kepada doktor sebelum memukakan suplemen pemakanan, terutamanya jika anda sedang mengambil ubat-ubatan, sedang hamil atau menyusukan bayi.
  • Jangan gunakan vitamin atau mineral sebagai pengganti kepada ubat atau menghentikan pengambilan ubat tanpa pengesahan doktor.
  • Vitamin larut-lemak harus diambil secara berhati-hati kerana pengambilan berlebihan akan disimpan dalam bahagian tubuh yang berlemak dan ini boleh membawa kemudaratan. Vitamin larut-air yang berlebihan biasanya akan dikumuhkan.
  • Multi-vitamin dianggap pilihan suplemen pemakanan paling selamat kerana ia mengandungi campuran vitamin dan mineral yang seimbang dan tiada risiko terlebih dos untuk vitamin atau mineral tertentu.
  • Periksa tarikh luput produk suplemen pemakanan sebelum membelinya.

Asas Pengambilan Suplemen
Suplemen pemakanan mesti diambil secara betul supaya ia tidak dikumuhkan tanpa diserap oleh sistem tubuh anda.

Beberapa panduan untuk memaksimakan manfaat suplemen:
Amalkan:
  • Ambil suplemen anda dengan air pada suhu bilik, bukan dengan air panas atau sejuk.
  • Baca arahan dengan betul sama ada ia patut diambil sebelum atau selepas makan.
  • Dapatkan nasihat berkenaan suplemen terutamanya jika anda seorang vegetarian, kerana anda mungkin kekurangan vitamin dan mineral yang penting.
Elakkan:
  • Minum kopi atau teh 15 minit sebelum mengambil suplemen kerana ia mengganggu penyerapan khasiat.
  • Bergantung semata-mata ke atas suplemen untuk nutrisi - anda masih memerlukan nutrisi mikro yang didapati daripada makanan.
  • Mengambil dos yang berlebihan kerana ia tidak akan mejadikan anda sihat dengan cepat.

Artikel ini dipetik dari "World Digestive Health Day, 2008."





BAHAYA MINUMAN BERGAS





Pasti semua sudah sedia maklum bahawa minuman berkarbonat ini tidak baik untuk kesihatan namun masih ramai di kalangan kita yang gemar meminum minuman berkarbonat ini.

Walaupun bahan asasnya ialah air, ia mengandungi banyak gula iaitu sehingga 10 sudu teh dalam satu tin yang mempunyai kandungan sebanyak 250 milimeter.

Untuk memberi rasa, ia diberikan pelbagai perisa seperti limau, vanila, oren dan kadangkala dicampur sedikit pewarna. Kemudian gas karbon dioksida dimasukkan supaya ia berbuih. Ada juga minuman berkarbonat yang mengandungi kafein yang tidak elok untuk kesihatan.

Satu penyelidikan yang dijalankan di Akedemi Neurologi Amerika mendapati individu yang minum sekurang-kurangnya empat hidangan air manis berisiko tinggi mengalami kemurungan.

Kesan kepada kanak-kanak pula adalah ia akan membuat mereka ketagih gula.

Jadi, jika anda haus atau dahaga, minumlah air masak kerana ianya adalah minuman terbaik untuk badan dan otak anda.

 

Enam punca perut buncit
 
Perut buncit memang tidak menyelesakan. Ia bukan sahaja membuatkan kita berasa cepat letih apabila melakukan pergerakan walaupun sekadar berjalan, perut yang buncit juga menjejaskan penampilan seseorang lantaran bentuk tubuh kelihatan tidak seimbang. Apakah sebab perut menjadi buncit?
Pakar kesihatan Dr. Selfie C. Rijal menjelaskan ada banyak faktor yang boleh menyebabkan perut menjadi buncit.
 
1.                  FAKTOR KETURUNAN
“Faktor keturunan yang diwarisi daripada orang tua secara umumnya sukar dielakkan,” ujar Selfie.
 
2.                  FAKTOR PENUAAN
 
Dengan bertambahnya usia, penghasilan hormon dehidroepiandrosteron (DHEA) mulai berkurangan. Hasil kajian oleh Harvard Women's Health Watch mendapati wujudnya kaitan antara penurunan hormon ini dengan peningkatan pengumpulan lemak di perut.
 
3.                  FAKTOR MAKANAN DAN MINUMAN
 
Doktor lulusan Universiti Padjajaran itu menjelaskan gula dan alkohol terutamanya yang terkandung dalam bir, adalah musuh utama kerana ia boleh membuatkan otot menjadi kendur.
Daripada segi pemakanan, katanya alkohol amat berbahaya bagi tubuh. Ini kerana alkohol mengandungi kalori yang tinggi, sama seperti kalori dalam makanan berlemak. Selain itu, meminum alkohol akan memaksa hati bekerja lebih keras untuk menyingkirkan alkohol dan pada masa sama proses menyaring gula akan tertangguh.
“Gula itu kemudiannya terpaksa disimpan dalam tubuh sebagai lemak. Pada masa sama, alkohol juga dapat meningkatkan nafsu makan,” ujar doktrr yang bertugas di Hospital Sari Asih, Tangerang, Banten itu.
Menurut Selfie, makanan segera juga boleh mengakibatkan perut menjadi buncit berikutan jumlah kalori dan lemaknya yang sangat tinggi. Tidak ketinggalan, susu. Jika yang diminum itu ialah susu berkalori tinggi, maka ia boleh menyumbang kepada kebuncitan perut. “Justeru sebaik- sebaiknya minumlah susu rendah kalori,” tegas beliau.
 
4.      FAKTOR TEMBAKAU
tembakau. Ia boleh menjejaskan aktiviti penghadaman. Selfie berkata biasanya ketika merokok selepas makan, perut akan berasa kembung kerana penghadaman terganggu.
 
5.      STRES
Menurut Selfie, keadaan psikologi seseorang mampu mengganggu aktiviti semula jadi tubuh termasuklah sistem penghadamannya. Stres juga boleh mencetuskan rasa kenyang dan menimbulkan masalah pada keupayaan tubuh menyimpan lemak. Akibatnya, perut kelihatan lebih mengembang. “Untuk mengatasinya, belajarlah untuk lebih relaks serta bernafas secara perlahan dan mendalam,” jelas beliau.
Dalam pada itu Selfie mengingatkan bahawa golongan wanita yang biasanya lebih mudah dilanda stress, cenderung memiliki lemak berlebihan di perut, meski pun berat badannya normal. Keadaan ini mungkin diakibatkan oleh kesan hormon stres kortisol yang membuatkan lemak terkumpul di sekitar perut.
 
6.      PERUBAHAN HORMON
 
Perubahan hormone berlaku terutamanya ketika menopaus. Keadaan ini menyebabkan pengeluaran hormon seks estrogen berkurangan sekali gus membawa kepada pengumpulan lemak pada perut.
Tumpukan lemak yang tidak sekata boleh membuatkan orang yang bertubuh kecil, buncit perutnya. Sememangnya ia kelihatan amat tidak selesa. Jelas Selfie, keadaan ini berpunca daripada pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti nasi dan makanan berasaskan tepung seperti mi, bihun dan ladu, dalam kuantiti yang banyak. Akibatya, karbohidrat yang berlebihan akan disimpan dalam bentuk lemak terutamanya di perut, atau lebih tepatnya di rongga-rongga di antara organ dalam perut.
 
“Penumpukan lemak di perut juga menjadi petunjuk bahawa kurangnya aktiviti fizikal dan penurunan kadar metabolisme tubuh,” jelas Selfie. Jelas beliau, “Faktor utama yang membawa kepada kebuncitan perut adalah gaya hidup dan iklan yang berleluasa di pelbagai media.”
Benarkah perut akan buncit apabila seseorang terus tidur selepas makan? “Ya, benar. Perut akan menjadi buncit kerana proses penghadaman tidak dapat berfungsi dengan baik,” ujarnya.
Begitu juga dengan minuman bersoda. Minuman jenis ini boleh membuatkan perut menjadi kembung dan akhirnya membuncit. “Gelembung-gelembung udara dalam minuman berkarbonat boleh mengakibatkan perut buncit,” jelas Selfie.

 
 
 
 

KEPENTINGAN MINUM  AIR
 
  • AIR adalah nutrisi utama dalam kehidupan.
  • AIR meliputi 70% dalam tubuh. Air diperlukan bagi menyempurnakan fungsi sel.
  • Lebih dari 40% manusia tidak memeahami mekanisma kehausan dan menyangkakan ia sebagai kes lapar.
  • Kelesuan di siang hari berlaku tanpa disedari kerana kekurangan AIR.
  • 75% manusia berlaku penyejatan air dalam tubuh dan ia adalah keadaan yang amat kritikal . Di antara penyebab adalah kerana kimia bertoksid yang berada di tisu lemak dan juga amalan meminum air yang mengandungi floro , cloro , bakteria fikal yang bersangkut paut dengan barah dan juga kerana sistem metabolik yang tidak berfungsi dengan sebaiknya.
  • Adalah diketahui , jika kita meminum 5 gelas AIR sehari maka ia adalah mampu mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45% , kanser payudara sebanyak 75% , kanser hempedu sebanyak 50% dan lain-lain lagi.

 
 
 
 
6 JENIS MAKANAN YG MEMUDARATKAN KULIT.

Kulit boleh menjadi cantik dan sihat sekiranya kita menggunakan bahan rawatan wajah yang bersesuaian.

Namun apa yang kebanyakan dari anda tidak sedari adalah pemakanan harian juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan kulit wajah berseri. Seperti yang kita semua ketahui, ada makanan yang baik untuk kulit dan ada juga yang memberikan kesan sebaliknya seperti masalah kulit berjerawat dan sebagainya. Pencuci muka dan toner sahaja tidak mencukupi sekiranya diet harian tidak dijaga dengan baik.

Ada enam jenis makanan yang menjadi punca kepada masalah kulit wajah dan tidak patut diambil dengan kadar yang tinggi.


 


Garam
Sifat garam yang menyimpan air membawa kepada bengkak di bahagian mata selepas bangun dari tidur sekiranya diambil berlebihan. Ini kerana kulit mata yang sangat nipis membuatkan bahagian tersebut mudah bengkak. Jika tidak dijaga, tabiat memakan makanan bergaram akan membuatkan kulit anda lebih cepat tua.


Makanan laut
Kandungan iodin yang tinggi dalam makanan laut seperti udang, ketam serta rumpai laut boleh membawa kepada masalah kulit berjerawat sekiranya pengambilan tersebut tidak dikawal. Bagi anda yang sering mengalami masalah muka jerawat, anda dinasihatkan untuk memakan makanan sedemikian hanya dua kali sebulan dan bukan dua kali seminggu.


Susu
Kesan sampingan susu terhadap wajah mungkin tidak seteruk jika dibanndingkan dengan jenis makanan yang lain. Namun, bahan tenusu juga tidak terkecuali dari menjadi punca kulit bermasalah, terutamanya susu tanpa lemak yang mengandungi kandungan hormon yang merangsang penghasilan minyak di kulit.
 


Makanan berkanji
Jumlah glisemik yang tinggi dalam makanan berkanji seperti pasta, roti putih, kek dan sirap jagung juga menjadi punca kepada kulit berjerawat.
 


Gula
Kandungan gula yang tinggi dalam darah boleh membawa kesan terhadap kolagen, lantas membuatkan kulit anda lebih mudah berkedut dan nampak tua.


Minuman beralkohol
Sifatnya yang diuretik membuatkan anda akan menjadi lebih haus walaupun sudah meminum dengan banyak. Ini juga mengakibatkan kulit anda menjadi lebih kering sehingga menyebabkannya berkedut.



 

TABIAT BURUK JEJAS KESIHATAN

Ramai diantara kita terutamanya golongan gadis atau wanita yang mempunyai masalah kecantikan. Walaupun pelbagai jenis pencuci muka, krim dan bermacam-macam lagi produk telah digunakan, namun kulit tetap tidak lari dari masalah.

Apa yang anda harus ingat adalah penjagaan kecantikan bukan hanya perlu bergantung kepada produk yang dipakai semata-mata. Ini kerana tabiat seharian anda juga boleh membawa kepada masalah kulit berjerawat, kusam, kering serta tidak bermaya.

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi antara tabiat buruk yang boleh menjejaskan kecantikan anda.

Tidur tidak teratur
Anda harus memastikan masa tidur anda teratur kerana tidur yang tidak teratur dan tidak cukup akan memberi kesan lingkaran hitam pada bawah mata dan ia akan membuatkan kulit anda nampak tidak bermaya dan kusam.

Kotoran pada telefon bimbit
Tanpa anda sedari, telefon bimbit yang ada kalanya dibawa ke tandas, yang diletakkan di atas meja yang kotor dan di dalam beg yang penuh dengan habuk boleh menyebabkan jerawat timbul pada muka setelah pipi bersentuhan dengan telefon tersebut. Oleh itu, pastikan anda membersihkan terlebih dahulu telefon sebelum menggunakannya.

Diet makanan yang tidak seimbang
Elakkan memakan makanan berminyak dan berkolestrol tinggi kerana ia tidak baik untuk kesihatan anda. Ia boleh mengakibatkan muka anda berjerawat dan pelbagai lagi masalah lain.

Kerap mengerutkan mata
Ada di antara anda yang suka mengerutkan wajah terutamanya apabila ingin melihat objek yang jauh dari mata. Perlu diingatkan, tabiat mengerutkan muka dan mengecilkan mata ini boleh menyebabkan kulit anda cepat berkerut dan kelihatan tua.

Malas menggantikan cadar dan sarung bantal
Ketika tidur, sel-sel kulit mati pada wajah anda akan melekat pada sarung bantal. Lama-kelamaan ia akan menebal dan menimbulkan bakteria.

Menjadikan diri sebagai bahan eksperimen
Elakkan dari menjadikan diri anda sebagai bahan eksperimen dengan mencuba pelbagai produk kecantikan kerana ia boleh memberi kesan buruk pada kulit anda.

 
 
 

No comments:

Post a Comment

HUBUNGI KAMI

NAMA::
Email:
NO. TELEFON
KAWASAN ANDA:
SAYA BERMINAT UNTUK: MAKLUMAT LANJUT
MENJADI AHLI
DATANG KE KELAB NUTRISI
TURUNKAN BERAT BADAN
MENAIKKAN BERAT BADAN
MENINGKATKAN KESIHATAN
MENINGKATKAN TENAGA
MENCANTIKKAN KULIT
MENJANA PENDAPATAN TAMBAHAN
PERNAHKAH ANDA MENJADI AHLI HERBALIFE DALAM MASA 2 TAHUN SEBELUM INI? YA
TIDAK
LAIN-LAIN KETERANGAN :

This form powered by Freedback